Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya. Antara sebabnya ialah anda tidak membersihkannya dengan sempurna, tidak menggunakan pelembap serta sering terdedah kepada pancaran cahaya matahari.

Berikut adalah cara-cara penjagaan kulit muka yang boleh and lakukan.

1.  Minum air kosong sebanyak lapan hingga sepuluh gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan tiga langkah penjagaan kulit muka. Pertama, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan gliserin. Selepas mencuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologi. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

7. Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat. Ia akan menyebabkan keradangan merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.

8. Untuk memiliki kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran, buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C, dan B6 dan mineral zink.